Isnin, 11 Mei 2009

MENGHORMATI PARA ULAMA

Rasulullah saw pernah bersabda antara lain menyebut bahawa para ulama adalah warisan baginda dalam memberikan suluh kepada kehidupan manusia. Tanpa ulama, manusia sukar untuk membuat keputusan tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan permasalahan agama. Umpama seorang pesakit, dia tidak boleh secara jahil untuk mengambil sebarang ubat tanpa transkripsi doktor. Begitu juga halnya dalam bidang yang berkaitan dengan urusan agama. Membuat keputusan dengan membelakangkan orang yang mahir dalam sesuatu bidang akan tidak meyelesaikan masalah. Umpama dalam kes hadhanah baru-baru ini, sepatutnya para mufti perlulah diajak berbincang apakah pandangan Islam sekiranya berlaku pertikaian hak hadhanah antara suami-isteri yang berlainan agama. Mereka punya autoriti untuk mendalami seterusnya membawakan sudut pandang Islam berhubung hal tersebut.